fbpx

7 pesakit maut, 20 keracunan kerana minum air bateri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua mangsa diarah menelan cecair itu ketika mendapatkan rawatan di klinik Municipal Diagnostic Centre No. 1 di St Petersburg. - East2West

ST PETERSBURG, RUSIA – Tujuh pesakit maut, manakala sekurang-kurangnya 20 lagi mengalami keracunan selepas diarah  menelan sejenis cecair bateri sebelum menjalani pemeriksaan X-ray di sebuah klinik di Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kesemua mangsa itu dilaporkan mati dalam keadaan yang menyeksakan dan kecederaan kronik akibat insiden yang berlaku ketika mendapatkan rawatan di klinik Municipal Diagnostic Centre No. 1 di bandar raya St Petersburg.

Menurut laporan, pesakit-pesakit tebabit diarahkan meminum cecair bateri sebagai persediaan sebelum menjalani pemeriksaan X-ray esofagus, perut dan usus di klinik tersebut.

Mereka bagaimanapun mula mengalami simptom  kronik yang didakwa tidak diendahkan oleh doktor.

Ekoran itu, sekurang-kurangnya empat pesakit meninggal dunia dalam masa kurang  12 jam selepas menelan cecair beracun itu.

Menurut seorang pakar patologi,  Zhanna Shmidt, klinik tersebut menggunakan serbuk yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan melarutkannya ke dalam air.

“Apa yang diminum oleh pesakit sebenarnya adalah cecair bateri. Ini adalah kejadian sebenar, bahkan bateri kereta turut mengandungi garam barium.

“Menurut pemahaman saya, serbuk tersebut dijual untuk kegunaan penyelidikan makmal dan bukannya untuk ditelan.

“Disebabkan itu, sekiranya seseorang menelan cecair tersebut, ia akan merosakkan usus, menyebabkan pesakit melecur dan mengalami keracunan,” katanya kepada akhbar Moskovsky Komsomolets.

Susulan insiden tersebut, seorang doktor telah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah ke atas tindakan menghasilkan larutan tersebut serta dituduh menggunakan cecair industri ke atas manusia.

Dr. Yevgeny Popov, kini ditahan kerana disyaki menyebabkan kematian akibat kecuaian dan menyediakan perkhidmatan yang tidak memenuhi piawaian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI