SHAH ALAM – Aspek pemasaran & penjenamaan yang betul dapat membantu usahawan dalam meningkatkan jualan selepas produk serta perkhidmatan ditawarkan dapat dilihat serta dikenali sasaran.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, tidak kira sesebuah bisnes tersebut besar atau kecil, kedua-dua aspek di atas perlu diberikan perhatian oleh usahawan.
“Sebab itu, RichWorks akan bawakan Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022 pada 4 hingga 6 Mac nanti.
“Program virtual secara langsung ini akan dikendalikan sendiri oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bagi menyediakan anda menjelang musim perayaan Aidilfitri nanti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam pada itu, Radz turut menjemput usahawan bersama-sama dengan Azizan di Telegram Azizan Osman Official pada setiap Ahad, pukul 8 pagi.
“Sesi khas voice chat sekitar sejam ini akan membawakan usahawan dengan perkara dan isu semasa penting yang dilihat Azizan.
“Empat sesi voice chat yang dijalankan pada 6, 13, 20 dan 27 Februari ini juga merupakan pra-program siri klinik usahawan yang diadakan pada awal Mac nanti,” jelasnya.
Orang ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR tertera.
Daftar di binabisnesberjaya.com sekarang