KOTA BHARU – Berniaga di destinasi beli-belah popular seperti Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu bukan tiket meraih pulangan lumayan, berdasarkan pengalaman Ketua Pegawai Eksekutif Irah Sukri Global Sdn. Bhd.
Jelas wanita kelahiran Kelantan yang mesra dipanggil Irah Sukri ini, rata-rata peniaga di Pasar Siti Khadijah menjual barang hampir sama menyebabkan jualan kurang memberangsangkan kecuali musim cuti sekolah.
“Dahulu bisnes saya lebih kepada cukup makan dan tiada simpanan. Saya pernah gadai barang kemas untuk bayar gaji pekerja.
“Saya kemudian mencari tempat yang boleh membantu perniagaan pergi lebih jauh,” jelasnya yang menjalankan bisnes selama 10 tahun di Pasar Siti Khadijah, selain di pasar malam dan ekspo.
Sedar kelemahan diri, Irah menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks pada 2017, sebelum turut mengikuti pelbagai program Richworks yang lain.
“Saya buta teknologi maklumat (IT) sebelum masuk kelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk menguasai pemasaran dalam talian dan hasilnya, jualan naik mendadak.
“Saya terkejut, ada ilmu menyebabkan jualan naik berbanding apa yang saya usahakan sebelum ini,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Irah berkata, bangsa usahawan perlu mempercayai proses yang perlu dilalui dengan sabar, seperti fasa menempuh cabaran dalam perniagaan dan menuntut ilmu.
Hasil kesabaran dan percaya kepada proses tersebut, Irah Sukri yang menjual kain pasang, batik sarung dan pelekat meraih jualan RM7.2 juta pada 2021 dan menyasarkan jualan RM15 juta tahun ini.
Tambah Irah, beliau juga seronok dapat membantu orang lain dengan menawarkan peluang perniagaan dan mereka yang berminat boleh melayari Instagram @irah_sukri. -K! ONLINE