fbpx

Suzuki tekad cabar kejuaraan MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR gagal meraih sebarang kemenangan musim lalu menyebabkan dia menuntut Suzuki untuk bekerja keras menghasilkan jentera yang lebih kompetitif. – TWITTER TEAM SUZUKI ECSTAR

SEPANG – Pasukan Suzuki Ecstar bertekad untuk keluar dari zon selesa sekali gus mahu terus membangunkan jentera kompetitif menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2022 nanti.

Tahun 2021 merupakan musim yang mengecewakan bagi Suzuki setelah mereka gagal menjuarai sebarang kemenangan Grand Prix dan ia adalaha kali pertama sejak 2018.

Joan Mir yang menjuarai gela­ran dunia 2020 hampa selepas sekadar menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan menaiki enam podium sekali gus membuatkan pelumba Sepanyol itu menuntut perubahan pada jentera GSX-RR.

Tersentak dengan keadaan tersebut, pasukan Suzuki me­lakukan penambahbaikan dan terus membangunkan jentera yang terbaik.

Pengarah perlumbaan Suzuki, Shinichi Sahara berharap pasukannya dapat mengulangi kejayaan seperti musim 2020, ketika Joan Mir dinobatkan sebagai juara dunia.

“Tiada istilah rehat bagi kami, selepas berakhir saingan musim 2021, pasukan sangat sibuk de­ngan banyak kerja dilakukan di Eropah mahupun di Jepun.

“Semua orang sudah melakukan yang terbaik untuk menghadapi musim baru di mana kami berharap menjadi lebih kompetitif.

“Kami meletakkan sepenuh kepercayaan pada hasil sebelum ini menerusi dua pelumba kami. Kami sangat teruja untuk memulakan sesi pramusim ini dan juga perlumbaan.

“GSX-RR kami dilihat amat baik pastinya kami ingin menjadi kompetitif dan mampu menaiki podium kemenangan semula secepat mungkin,” kata Sahara.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI