fbpx

Senegal buru gelaran hadiah buat Cisse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE mengakui Senegal perlu meraih kejayaan pada aksi final kali ini selepas dua kali dikecewakan sebelum ini. –AFP

OLEMBE – Penyerang Senegal, Sadio Mane sedia untuk memberikan segala-galanya menje­lang perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022 menentang Mesir di Stadium Paul Biya awal pagi esok.

Pemain Liverpool itu nyata memiliki alasan tersendiri bagi membantu skuad Teranga Lions menjulang kejuaraan sulung AFCON selepas layak ke final dua kali berturut-turut.

Kata Mane, dia terdesak untuk menghadiahkan trofi AFCON kepada pengendali, Aliou Cisse yang dianggap sebagai jurulatih paling teruk dikritik sepanjang bergelar sebagai pemain bola sepak profesional.

Justeru, dia menggesa pemain-pemain Senegal agar memberikan segala-galanya pada perlawanan akhir nanti bagi memastikan dugaan yang diharungi Cisse selama ini cukup berbaloi.

“Saya percaya beliau (Cisse) berhak untuk menikmati setiap kejayaan kerana beliau adalah jurulatih yang paling banyak menerima kecaman tetapi langsung tidak berputus asa mengemudi pasukan.

“Beliau percaya pada pasukan dan diri sendiri. Kami mahu memenangi trofi ini untuk Cisse kerana beliau sangat berhak selepas mengharungi banyak cabaran ketika bergelar pemain dan sekarang sebagai jurulatih,” kata Mane.

Dalam pada itu, dia juga memberi amaran kepada rakan sepa­sukan supaya berjaga-jaga dengan kemampuan yang dimiliki Mesir memandangkan skuad The Pharaohs itu sudah memenangi kejuaraan sebanyak tujuh kali.

“Semua pemain tahu kami sudah semakin hampir dengan trofi kejuaraan. Bagaimanapun, kami masih perlu bekerja keras untuk memenanginya dan tidak ulangi kesilapan sebelum ini yang menyebabkan kami tewas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI