fbpx

Lelaki gila talak belasah bekas isteri enggan rujuk kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan suspek memukul mangsa selepas hasratnya untuk kembali rujuk ditolak. – Sumselupdate

JAKARTA – Gara-gara hasrat untuk kembali rujuk ditolak bekas isteri, seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan bertindak membelasah wanita itu ketika dia  bekerja, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV),  lelaki berkenaan dilihat memukul mangsa berkali-kali di sebuah hotel yang merupakan tempat kerja mangsa.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang, Komisioner Polis Tri Wahyudi berkata, pihaknya telah menyerahkan video rakaman CCTV kepada balai polis terdekat untuk siasatan lanjut.

“Video itu jelas menunjukkan suspek memukul dan meludah mangsa. Buat masa ini, polis sedang memburu suspek,” katanya.

Sementara itu, mangsa, Nur Aisyah, 31, berkata, sebelum kejadian, dia sedang bekerja di hotel tersebut apabila bekas suaminya secara tiba-tiba datang menemuinya.

“Dia mengajak saya berbual-bual dan memberitahu hasratnya untuk kembali rujuk. Saya bagaimanapun menolak lamarannya kerana dia sering memukul saya ketika kami bergelar suami isteri dahulu.

“Dia kemudian naik berang dan menarik tangan saya serta mengheret saya ke kawasan parkir di sebelah lobi hotel. Ketika berada di situ, dia bertindak seperti ingin memperkosa saya, namun saya menangkis serangannya,” ujar Nur Aisyah.

Suspek kemudiannya dilaporkan memukul wajah Nur Aisyah berkali-kali sebelum wanita itu berlari ke lobi bagi menyelamatkan diri.

Menurut laporan, suspek masih mengganggu wanita itu dan mengancam untuk menyimbah asid ke wajahnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI