fbpx

Lelaki tunggang lawan arus parah dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki cedera parah selepas menunggang motosikal secara melawan arus di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kg Pandan mengala ke Gombak, awal pagi tadi.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus parah dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kampung Pandan menghala ke Gombak di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.25 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun cedera di muka dan kaki. Lelaki itu kini dirawat di Hospital Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, nahas berlaku apabila mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave secara melawan arus di lorong tengah MRR2.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal mangsa berlanggar dengan kereta Proton Saga yang berada di lorong sama.

“Perodua Bezza yang berada di belakang tidak sempat membrek dan melanggar belakang Proton Saga. Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI