fbpx

Dua pusat hiburan langgar SOP ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis ketika melakukan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan. - Gambar hiasan

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Dua pusat hiburan di Butterworth di sini diarah tutup selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Ops Bersepadu Pemantauan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sebanyak lima premis hiburan di sekitar Butterworth diperiksa dalam operasi yang berlangsung sehingga pukul 12 tengah malam itu.

“Dua pusat hiburan berkenaan dikesan melanggar SOP ditetapkan kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal.

“Pekerja premis didapati tidak memakai pelitup muka, manakala pelanggan juga tidak mendaftar masuk ke premis terbabit.

Selain itu, 26 kompaun turut dikeluarkan membabitkan denda sebanyak RM1,000 setiap seorang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi berkenaan turut melibatkan petugas Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI