fbpx

Pelanggan terkejut jentik-jentik dalam air oren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan segelas air oren yang dilihat mempunyai jentik-jentik di dalamnya. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi seorang pelanggan yang terkejut apabila menemui beberapa ekor jentik-jentik berada di dalam air oren yang dipesannya di sebuah gerai, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok bernama @s4ulberulah.

Rakaman tersebut menunjukkan segelas air oren yang dipesan oleh seorang pelanggan wanita berada di atas sebuah meja kayu di sebuah gerai.

Minuman berwarna kuning dengan beberapa ketulan ais di dalamnya itu masih penuh kerana wanita itu belum meminumnya.

Sekali pandang, air itu kelihatan lazat. Tetapi apabila kamera memfokuskan pada bawah gelas, kelihatan ada sesuatu yang bergerak di dalamnya yang disyaki adalah jentik-jentik. 

“Hilang terus rasa haus,’’ tulisnya dalam kapsyen video.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Walaupun minta air baharu, saya yakin kedai itu menggunakan air yang tidak dimasak,’’ tulis seorang netizen.

“Setiap kali makan, saya kerap periksa makanan sebab banyak video macam ni,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI