fbpx

Majikan perlu isi permohonan pekerja asing sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semua majikan diingatkan agar tidak menggunakan khidmat mana-mana agensi pekerjaan swasta bagi mengisi permohonan pekerja asing bagi sektor perladangan secara pengecualian khas.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, semua permohonan itu perlulah diisi sendiri oleh majikan dan bukannya agensi pekerjaan swasta.

Katanya, perkhidmatan agensi pekerjaan swasta hanyalah sebagai pemudah cara dan tidak boleh membuat permohonan penggajian pekerja warga asing bagi pihak majikan.

“Ia selaras dengan pengumuman saya berhubung permohonan pekerja warga asing bagi sektor perladangan kelapa sawit secara pengecualian khas yang telah dibuka mulai 28 Januari lalu.

“Sehingga semalam, kementerian telah menerima kira- kira 7,500 permohonan daripada pekerja warga asing dalam sektor perladangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, terdapat juga permohonan yang diterima daripada majikan tetapi tidak dapat dipertimbangkan kerana tidak memenuhi syarat.

“Ia melibatkan majikan yang tidak layak menggajikan pekerja warga asing iaitu syarikat koperasi dan syarikat ‘outsourcing’. Malah, ada juga permohonan daripada majikan dalam sektor lain, yang mana permohonan cuma akan dibuka mulai 15 Februari ini,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Saravanan memaklumkan Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan projek rintis pengambilan sejumlah 10,000 Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dan dijangka dilaksanakan bulan depan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI