fbpx

Bayi perempuan dibuang dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI perempuan ditemui dalam longkang di Jalan Kebun, Kampung Solok, Tangkak petang semalam.

Oleh NUR ALINA HASSAN

TANGKAK- Seorang penduduk terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan dibaluti plastik berwarna oren ditinggalkan dalam longkang di Jalan Kebun, Kampung Solok di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, bayi itu ditemui pada pukul 6.18 petang oleh seorang kanak-kanak lelaki ketika pulang daripada menghadiri kelas agama.

Menurutnya, sebaik mendengar tangisan bayi dalam longkang, kanak-kanak terus pulang memberitahu bapanya berhubung kejadian itu.

“Lelaki itu terus ke tempat kejadian yang jarak sekitar 50 meter dari kediamannya sebelum melihat bayi yang masih bernafas itu dalam plastik berwarna oren.

“Saksi kemudian segera mengangkat bayi seberat 2.6 kilogram itu dan membalutnya dengan  sehelai kain yang dibawa dari rumah sebelum menghubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fadhil, pegawai perubatan yang hadir telah mengesahkan bayi tersebut sihat dan berada dalam keadaan baik.

“Identiti bayi itu masih disiasat dan dia kini ditempatkan di Hospital Tangkak untuk pemerhatian sepenuhnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang mana boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-522 0525 atau 06-978 1222.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI