PUTRAJAYA – Baru semalam kes harian mencecah melebihi 7,000 namun hari ini angka tersebut meningkat melepasi angka 9,000 dengan 9,117 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,904,131 kes.
Berdasarkan angka yang dicatatkan semalam, negara melaporkan kes harian Covid-19 sebanyak 7,234 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,”katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini. -K! ONLINE