fbpx

China sedia sumbang 2 juta dos Sinovac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China di Kuala Lumpur, hari ini. /FOTO IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Hubungan Malaysia dengan China diperkukuhkan lagi apabila negara tersebut sedia menyumbang sejumlah dua juta dos vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh firma Sinovac Biotech Ltd.

Berita gembira itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) hari ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kerajaan Malaysia atas sumbangan terbaharu ini yang diumumkan oleh pemerintah China baru-baru ini,” jelasnya.

Beliau berucap secara maya pada majlis tersebut yang diadakan secara hibrid dan berlangsung di Dewan Xiuhua Kuala Lumpur yang turut dihadiri Duta Besar China, Ouyang Yujing.

Awal Julai tahun lalu, China muncul antara negara asing terawal menyumbangkan sejumlah 500,000 dos vaksin bagi membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Ini diikuti sejuta lagi tambahan dos berkenaan disumbangkan akhir September tahun lepas yang dimaklumkan Menteri Luarnya, Wan Yi menerusi perbualan telefon dengan Saifuddin.

Ia hasil Perjanjian Kerjasama Pembangunan dan Aksesibiliti Vaksin dan Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Era Pasca Covid-19 yang dimeterai antara kedua-dua negara.

Mengulas lanjut, beliau meluahkan kegembiraan jalinan hubungan teguh antara Malaysia dan China menerusi aspek diplomasi kesihatan ternyata menawarkan wadah ke arah usaha itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI