fbpx

JKM cari ibu Adam, Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Purwanti yang merupakan ibu kandung Siti Sarah (kiri) dan Adam dicari bagi membantu siasatan hak jagaan anak.

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan ibu kandung kepada dua beradik yang ditinggalkan sebelum ini.

Jurucakap JKM bekata, wanita dikenali Purwanti dipercayai warga Indonesia meninggalkan dua anaknya iaitu Mohd. Adam,14, dan Siti Sarah, 13, kepada suaminya.

Bapa kanak-kanak itu meninggal dunia tiga tahun lalu sebelum dua beradik tersebut dipelihara bapa saudara mereka sehingga kini.

“Bapa saudara kanak-kanak itu telah membuat aduan ke pejabat JKM berikutan masalah sijil lahir yang masih tidak diuruskan dan bagi mendapatkan hak penjagaan yang sah.

“Hak jagaan sementara telah diberikan oleh Mahkamah Kanak-Kanak Petaling Jaya dengan pendengaran seterusnya ditetapkan pada 17 Mac depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mengenali waris kanak-kanak itu diharap menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587 bagi membantu melancarkan urusan siasatan kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI