fbpx

330 remaja sertai Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Rasid (tengah) dan Nor Syazlan (dua kanan) menerima tajaan Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2022 di Hotel Ibis Styles, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 330 peserta mengesahkan untuk menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2022 bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai lebih RM9,000.

Presiden Persatuan Badminton Johor (JBA), Mat Rasid Jahlil berkata, kejohanan edisi ke-10 itu dijangka berlangsung pada 10 hingga 13 Februari ini.

Jelasnya, Dewab NS Sport, Gelang Patah di sini merupakan tempat bagi menjayakan kejohanan kali ini.

“Berdasarkan rekod yang kita ada, seramai 330 peserta telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada 54 kelab badminton seluruh negeri Johor.

“Kejohanan kali ini akan melibatkan tiga kategori iaitu bawah 16, 14 dan 12 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Ibis Styles di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Nor Syazlan Abd. Razak.

Mat Rasid berkata, sasaran penganjuran adalah untuk memilih pemain yang akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan selain persiapan menjelang edisi temasya Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.

Ujarnya, objektif utama kejohanan adalag untuk mengumpul seberapa ramai pemain di negeri ini untuk mereka bersaing secara kompetitif serta sebagai pentas menilai dan memilih pemain untuk mewakili Johor.

Sementara itu, Nor Syazlan memuji usaha JBA yang aktif menganjurkan pertandingan ini sebagai platform dalam melahirkan bakat-bakat baharu dalam sukan badminton. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI