fbpx

Sharifah Sakinah umum dah kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGAKU sudah berkahwin, Sakinah bagaimanapun terpaksa merahsiakan perkahwinannya dengan Michael atas alasan peribadi dan agama.

PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Sakinah akhirnya menamatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan lelaki Sweden, Michael Hansen, apabila membuat pengakuan mereka sudah sah menjadi suami isteri.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, itu tidak mendedahkan tarikh pernikahan sebaliknya menyatakan terpaksa merahsiakan perkara tersebut disebabkan beberapa isu.

“Disebabkan ramai bertanya, ya, kami sudah berkahwin. Kepada mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan mengenai perkahwinan ini adalah kerana isu peribadi dan hal agama.

“Kami memilih untuk tidak menghebahkan sebelum ini, tapi sekarang baru kami bersedia untuk kongsi. Tak payah tanya lagi okey. Terima kasih semua,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Terdahulu, Sakinah pernah memaklumkan perancangan untuk melangsungkan pernikahan dengan jurulatih kecergasan berusia 42 tahun itu pada 28 Mei tahun lalu.

Bintang Girlfriend Aku Dari Neraka itu yang mengumumkan pertunangan mereka pada Mac tahun lalu turut mendedahkan tarikh tersebut dipilih kerana mereka berkongsi tarikh lahir yang sama.

Pasangan tersebut berkenalan pada September 2020 di sebuah pusat kecergasan.

Sementara itu, menerusi hantaran sama, Sakinah menyatakan rasa bangga dengan pencapaian pusat kecergasan khas untuk wanita yang ditubuhkan mereka sejak setahun lalu.

“Selamat ulang tahun pertama Hemmafit! Teringat lagi masa mula-mula ‘start’ dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj.

“Kemudian pandemik melanda dan lebih ramai orang perlu bekerja dari rumah, makin lama makin bertambah ahli dan akhirnya Hemmafit ditubuhkan.

“Tambah modal, peralatan, jurulatih dan pakar nutrisi dan komitmen daripada ‘equipments’ (peralatan), ‘trainers’ (jurulatih), komitmen daripada Sakinah setiap hari,” katanya.

Pada 2015, Sakinah yang juga adik kepada penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha.

Begitupun, perkahwinan mereka yang diserikan kehadiran seorang cahaya mata, Anais Adha, 5, tidak bertahan lama apabila bercerai pada Mei 2020.

Sementara Michael pula berstatus bapa tunggal kepada dua cahaya mata yang berusia 10 dan tujuh tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI