fbpx

BN akan pastikan kerusi penyandang DUN Paloh kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni berucap pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pusat Operasi Zon Barat di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Barisan Nasional (BN) akan pastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh yang dimenangi DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menjadi milik parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, parti akan pastikan usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali untuk mempertahankan kerusi itu kecundang.

“Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) memberitahu calon mereka akan pertahankan kerusi DUN Paloh yang dimenangi dahulu sebagai paluan gendang pertama untuk PRN Johor.

“Kita akan pastikan calon itu (Sheikh Umar) akan mendengar paluan gendang terakhir buat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pusat Operasi Zon Barat, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasni memberitahu, PRN Johor dilakukan bukan kerana apa yang berlaku di PRN Melaka mahupun di PRN Sarawak sebaliknya demi mahukan Johor mendapat lebih baik daripada apa yang ada ketika ini

Katanya, langkah mengadakan PRN di negeri ini untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil dan bukannya berterusan mengharapkan ihsan pembangkang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI