fbpx

Lahad Datu: Tiada sebarang petunjuk berkaitan dakwaan pengganas menyusup masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah mengesahkan tiada sebarang petunjuk berhubung dakwaan sekumpulan lelaki warga negara asing berpakaian celoreng dan bersenjata menyusup masuk ke Lahad Datu menerusi perairan Long Patau, Tambisan, pada 28 Januari lalu.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah menjalankan risikan serta penyiasatan namun tiada sebarang petunjuk tentang dakwaan itu.

“Polis dan pasukan keselamatan lain sentiasa memberikan perhatian mengenai aspek keselamatan di pantai timur Sabah daripada sebarang ancaman luar.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang mengenai tahap keselamatan di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, sebuah agensi berita semalam melaporkan seorang lelaki mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan berpakaian celoreng serta bersenjata masuk ke Sabah melalui perairan Long Patau, Tambisan, minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI