fbpx

OKT kes dadah ditemui mati dalam lokap Pandamaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Azri Ahmad

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan orang kena tahan (OKT) berkaitan kes memiliki dadah ditemui mati secara mengejut di lokap Balai Polis Pandamaran, Klang, Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 35 tahun itu telah ditangkap pada 1 Februari lalu dan disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“OKT tersebut telah direman selama tiga hari bermula hari dia ditangkap sehingga 5 Februari (esok) di lokap Balai Polis Pandamaran, Klang, Selangor.

“Bagaimanapun kira-kira pukul 6.50 pagi, OKT berkenaan ditemui tidak sedarkan diri.

“Pegawai Perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang yang tiba pada pukul 7.30 pagi telah membuat pemeriksaan dan mendapati OKT tersebut telah meninggal dunia,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, namun begitu punca kematian belum dapat diketahui.

Tegas beliau, JIPS melalui Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI