fbpx

Vaksin berkesan, hanya 1 peratus kes kategori 3,4,5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Jumlah penerima vaksin dan dos penggalak yang tinggi dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada pengurangan jumlah pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 7,234 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 73 kes atau 1 peratus merupakan mereka dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Selebihnya iaitu 7,161 kes atau 99 peratus melibatkan kategori satu dan dua. Ini menunjukkan vaksin berfungsi,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau hari ini.

Kategori tiga melibatkan pesakit dengan jangkitan paru-paru, kategori empat pula jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen manakala kategori lima kritikal, organ rosak dan memerlukan ventilator.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 234 kes daripada 7,234 kes yang dilaporkan hari ini melibatkan jangkitan import dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,895,014 kes.

“Terdapat 21 kluster baharu dikenal pasti manakala kluster tamat adalah sebanyak 6,132 kluster. Kluster aktif pula sebanyak 346. Kes sembuh pula merekodkan 5,254 kes dengan jumlah keseluruhan 2,799,608 kes,” katanya.

Tambah beliau, terdapat 118 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI