fbpx

Biden ikrar banteras senjata api hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIFAL dipamerkan di sebuah kedai menjual senjata api di Tinley Park, Illinois. - AFP

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membanteras  senjata api buatan sendiri  yang dijual dan dibeli tanpa rekod berikutan kenaikan mendadak kes jenayah melibatkan senjata tersebut, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Presiden Joe Biden berkata, Jabatan Kehakiman akan memulakan kempen dinamakan ‘Inisiatif Senjata Api Hantu’ untuk memfailkan dakwaan di peringkat persekutuan terhadap mereka yang terlibat. 

Beliau mengumumkan langkah itu kelmarin semasa membuat kemunculan bersama Datuk Bandar Bandar Raya New York, Eric Adams.

Langkah itu juga diumumkan ketika Adams meminta bantuan persekutuan untuk memerangi ‘pandemik’  keganasan senjata api di AS.

“Sekiranya kamu melakukan jenayah menggunakan pistol hantu, kamu bukan sahaja akan diburu oleh pihak berkuasa negeri, malah pendakwa raya persekutuan juga akan memburu dan mendakwa kamu!,” kata Biden.

Senjata api hantu dipasang sendiri dan kadang kala, dicetak menggunakan mesin pencetak tiga dimensi (3D). Ini bermakna senjata itu tiada nombor siri dan tidak dapat  dikesan. Pemeriksaan latar belakang juga tidak diperlukan untuk membeli kit pemasangan senjata api.

Walaupun mustahil untuk mengetahui bilangan senjata api hantu yang berada dalam edaran, polis berkata, mereka merampas lebih banyak senjata seperti itu semasa melakukan serbuan.

Biro Alkohol, Tembakau dan Senjata Api (ATF) menyatakan, sekitar 10,000 senjata api hantu ditemui pada 2019. Sejak 2016, kira-kira 25,000 senjata tersebut telah dirampas di seluruh AS, demikian menurut akhbar New York Times. 

Menurut seorang pegawai kanan AS pula, sejumlah 325 senjata sedemikian digunakan dalam kes bunuh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI