fbpx

Sepang sudah sedia terima kehadiran peminat MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN SHAFRIMAN

SELEPAS dua tahun tanpa sebarang kejohanan antarabangsa, Litar Antarabanga Sepang (SIC) sudah bersedia menerima kehadiran peminat pada sesi ujian pramusim pertama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, beliau menjangkakan lebih ramai kehadiran peminat MotoGP selepas sebelum ini saingan dibatalkan gara-gara pandemik Covid-19.

“Sudah lama kami menanti dan bertungkus lumus untuk mengembalikan kejohanan antarabangsa dan saya ingin terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberi lampu hijau aksi pramusim pertama MotoGP kembali diadakan di Malaysia.

“Bagaimanapun, aksi pramusim MotoGP diadakan dengan mengikut SOP ketat bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Kejohanan ini juga akan menjadi model terbaik untuk penganjuran kejohanan pada masa akan datang,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Azhan turut menegaskan kemasukan pe­ngunjung ke Sepang adalah percuma dan pengunjung hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi di pintu masuk untuk pemeriksaan selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Kemasukan adalah percuma, oleh itu, kita mengalu-alukan kedatangan pengunjung kerana jumlah maksimum ke grandstand adalah 10,000 namun jumlah satu-satu masa dibenarkan 3,000 pengunjung.

“Bagaimanapun, kami ingin mohon maaf kerana kanak-kanak tidak dibenarkan hadir pada aksi pramusim ini,” katanya.

Selepas ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang, ia diikuti ujian terakhir di Litar Mandalika, Indonesia pada 11 hingga 13 Februari, sebelum perlumbaan musim baharu 2022 bermula di Losail 6 Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI