fbpx

Analisis neutral tidak berat sebelah, sumber sah – Lalitha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lalitha (kiri) bersama peguamnya, Manjit Singh (kanan) ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam menegaskan kandungan artikel dan ciapannya mengenai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki adalah analisis neutral dan sumber sah serta tidak berat sebelah.

“Tiada niat jahat daripada pihak saya seperti yang didakwa oleh plaintif (Azam) dan tidak ada persoalan keistimewaan oleh bukti niat jahat.

“Saya memplidkan bahawa adalah amat penting demi kepentingan awam bagi orang ramai (yang terdiri daripada pembacanya) untuk menerima komunikasi maklumat tertentu secara terus terang dan tanpa halangan,” katanya.

Menurut hujahan pembelaannya artikel tersebut tidak berkaitan secara eksklusif dengan plaintif, sebaliknya menangani isu nasional dan politik yang lebih luas tentang kemungkinan rasuah dan hubungan entiti perniagaan yang sedang diketengahkan media Malaysia.

Tambahnya, artikel-artikel yang disiarkan itu berdasarkan apa yang diekstrak daripada sumber yang disahkan dan merumuskan maklumat dengan tepat, adil dan secara neutral.

Lalitha, 49, menyatakan demikian menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah semalam bagi menjawab afidavit saman RM10 juta yang difailkan Azam terhadapnya.

Pada bulan lalu, Azam dalam samannya mendakwa kenyataan berbaur fitnah yang diterbitkan oleh Lalitha adalah untuk memperlekehkan nama baik, reputasi dan kedudukan plaintif sebagai seorang individu dan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Semalam Lalitha hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dipercayai berhubung dua penulisan artikelnya berkaitan dakwaan pemilikan saham oleh Azam.

Wanita itu dipanggil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI