fbpx

Pedrosa bantu dua pelumba Tech3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ mengakui nasihat yang diberikan oleh Pedrosa banyak membantunya menjinakkan jentera KTM. - AFP

SEPANG – Kehadiran Dani Ped­rosa dianggap cukup penting bagi dua pelumba rookie Tech3 KTM Red Bull Racing, Remy Gardner dan Raul Fernandez menjelang perlumbaan MotoGP 2022 nanti.

Selepas tiga hari melalui sesi ujian ‘Shakedown’ di Sepang, juara Moto2, Gardner dan Fernandez dilihat gembira terutama selepas mendapat tunjuk ajar bekas bintang MotoGP berkenaan.

Tegas Fernandez, dia terpaksa bergantung harap dan mempercayai setiap kata-kata Pedrosa untuk menjinakkan ‘kuda liar’ jentera buatan Austria tersebut.

“Saya sangat gembira dengan sesi ujian tiga hari ini. Akhirnya, kami dapat memberi tumpuan untuk memahami karakter jentera.

“Kami melakukan kerja yang luar biasa. Saya akui setiap hari prestasi saya bertambah baik dan saya semakin memahami karakter jentera.

“Saya dapat rasakan kami mempunyai jentera yang baik untuk musim ini. Tanpa Pedrosa saya mungkin tidak dapat mencari rentak. Pendapatnya sangat penting untuk kami yang masih baharu,” kata Fernandez.

Gardner turut gembira dengan sesi ujian pertamanya dan mengakui dia hampir hilang arah ketika pertama kali memecut jentera KTM di Sepang.

“Saya akui bantuan Pedrosa sangat penting kerana apabila anda tidak mengenali jentera dengan baik, ia sukar untuk memberi tungangan terbaik.

“Pedrosa telah memenangi dua perlumbaan di sini, jadi data dia amat penting bagi kami untuk menyesuaikan dengan cepat. Bantuan Pedrosa amat penting,” ujar Gardner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI