fbpx

11 negeri dijangka hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan membabitkan 11 negeri termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui kenyataan di Facebooknya sebentar tadi berkata, negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang terlibat termasuk Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan sehingga pukul 8 malam hari ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI