fbpx

Rotterdam kecoh kerana kapal layar Jeff Bezos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kapal layar gergasi milik Jeff Bezos. - YouTube

THE HAGUE, Belanda – Bandar pelabuhan Rotterdam tidak menerima permintaan untuk permit bagi meleraikan seketika sebuah jambatan bersejarah untuk membenarkan laluan sebuah kapal layar gergasi yang dibina untuk pengasas Amazon, Jeff Bezos, lapor media tempatan semalam.

Datuk Bandar Rotterdam, Ahmed Aboutaleb menafikan telah membuat keputusan berhubung perkara itu, sehari selepas seorang jurucakap memberitahu AFP bahawa pegawai-pegawainya telah memberi lampu hijau kepada pembina kapal Bezos untuk meleraikan bahagian tengah Jambatan Koningshaven itu, sekali gus mengundang kritikan di media sosial.

Kapal gergasi Bezos yang memiliki tiga tiang layar dan menelan kos AS$485 juta (RM2.02 bilion) itu dibina di Alblasserdam dekat Rotterdam didapati terlalu besar untuk belayar di bawah jambatan tersebut.

Jambatan Koningshaven pula dibina pada tahun 1878 dan dibina semula selepas dibom oleh tentera Nazi dalam tahun 1940 semasa Perang Dunia Kedua.

“Saya dapati kekecohan berhubung isu ini agak pelik. Ini kerana belum ada keputusan dibuat sekali pun permohonan permit.

“Ini melibatkan fakta. Saya mahu tahu mengenainya terlebih dahulu,” akhbar Belanda memetik Ahmed sebagai berkata kelmarin.

Menurutnya, pentadbiran Rotterdam akan membuat keputusan selepas permit dikemukakan dan pemeriksaan impak kepada alam sekitar dilakukan termasuk sama ada Bezos akan menanggung kosnya.

Bezos, 57, merupakan antara lelaki paling kaya di dunia selepas mengubah kedai jualan buku online, Amazon menjadi gergasi beli-belah global. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI