PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat melepasi 7,000 dengan 7,234 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,895,014 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini. – K! ONLINE