fbpx

Putintseva tempah slot suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTINTSEVA menewaskan Martic untuk mara ke saingan suku akhir Terbuka AS awal pagi semalam. - AFP

NEW YORK – Pemain pilihan ke-23, Yulia Putintseva mempamerkan kematangan tersendiri untuk mengejutkan pilihan kelapan, Petra Martic pada pusingan 16 terbaik dengan kemenangan 6-3, 2-6, 6-4 dalam tempoh dua jam 37 minit semalam.

Kata Putintseva, persediaan fizikal dan mental serta strategi agresif yang diterapkan telah memberi kesukaran buat Martic selain mengurangkan kesilapan untuk mengutip mata demi mata banyak membantu khususnya pada set penentuan.

“Selepas kedudukan terikat, saya berazam untuk terus memberi tekanan kepadanya pada set penentuan dan itulah yang berlaku apabila dia lebih banyak melakukan kesilapan dan kelihatan tertekan berbanding saya.

“Kini, saya mahu fokus untuk perlawanan suku akhir menentang Jennifer Brady dan sangat berharap dapat meneruskan mo­­mentum sama kerana sememangnya memasang niat untuk melangkah jauh pada kejohanan ini,” kata pemain kelahiran Kazakhstan itu.

Sementara itu, wakil tuan rumah, Shelby Rogers meneruskan rentak cemerlang untuk me­langkah ke pusingan suku akhir selepas mengejutkan pilihan ke­enam kejohanan, Petra Kvito­va dari Republik Czech dengan keputusan 7-6, 3-6, 7-6.

“Ia adalah perlawanan yang cukup mendebarkan kerana saya berdepan dengan pemain cukup berkualiti seperti Kvitova. Dia te­lah memberi tentangan sehingga perlawanan terpaksa ditentukan dengan penentuan tie-break.

“Namun, saya dapat bertahan selain tuah juga memainkan pe­ranan yang penting untuk memastikan saya menang pada perlawanan ini,” kata Rogers yang akan bertemu dengan Naomi Osa­ka di pentas suku akhir nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN