GEORGE TOWN – Penjaga Kuil Kek Lok Si di Jalan Paya Terubong di sini cemas apabila berlaku kebakaran membabitkan peralatan sembahyang tengah malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu hanya membabitkan meja sembahyang yang berada di bahagian luar kuil berusia 131 tahun itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kebakaran berkenaan tidak melibatkan struktur kuil dan api berjaya dikawal pada pukul 12.56 tengah malam.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.30 pagi, manakala tiada mangsa terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE