PUTRAJAYA – Sebanyak lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,000 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dalam tempoh 24 jam semalam serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID kekal sebanyak 6,449 kes.
“Kesemua kematian Covid-19 itu dilaporkan di Perak (3), Kedah (2) dan masing-masing satu kematian di Johor, Kelantan serta Pahang,” demikian maklumat tersebut hari ini. -K! ONLINE