fbpx

Lelaki cedera otak bangkit demi keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Mohsin berkongsi keadaan dirinya ketika terlantar koma dan terus bangkit demi keluarga.

PETALING JAYA – Kisah kebangkitan seorang pesakit yang mengalami Kecederaan Otak Traumatik (TBI) dan pernah terlantar koma selama enam bulan berjaya menjadi inspirasi buat orang ramai yang masih berjuang dalam kehidupan mereka.

Seorang usahawan, Amir Mohsin Mohd. Bahrudin, 33, sering memuat naik video kehidupannya dalam melawan penyakit yang dihadapinya dan kini, dengan berkat kesabaran serta usahanya, dia berjaya kembali pulih demi keluarga tersayang.

Difahamkan, sebelum ini, Amir pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2018 ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dan mengalami kecederaan yang teruk sehingga doktor menjangkakan dirinya akan koma selama dua tahun.

Menurutnya, dirinya bernasib baik apabila selepas sebulan keadaanya sudah stabil dan dibenarkan pulang ke rumah.

Tambah Amir, ketika kejadian, isterinya, Siti Hawa Mohd. Nasir, 30, sedang berada dalam tempoh berpantang selepas melahirkan zuriat mereka tetapi masih kuat membantu menjaga serta merawatnya sehingga pulih seperti sekarang.

Sementara itu, orang ramai yang mengikuti perkembangan hidupnya merasa kagum dengan kekuatan dirinya serta kesetiaan seorang isteri yang sanggup menjaga suaminya ketika terlantar.

Rata-rata pengguna turut mendoakan agar kehidupan dia dan keluarganya terus mendapat keberkatan dan diberi kesihatan yang baik.

“Teruskan kuat Mohsin, Allah duga orang yang mampu, maksudnya awak kuat dari kami semua,” kata Fakhriy Razak.

“Semoga diberikan kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan,” ujar Esqandar Daud.

Dalam pada itu, ada juga pengguna turut berkongsi kisah hidup mereka yang juga merupakan pesakit TBI.

“Alhamdulillah, macam saya juga, sekarang ini guna tempurung kepala yang bukan asli, nak lari main futsal macam dulu pun dah tak boleh, saraf kaki dah tak kurang baik,” luah Anas Abu Hassan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI