fbpx

Sedia bantu pasukan capai target

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PILLAY bersedia untuk memberikan tentangan bagi merebut kesebelasan utama skuad muda kebangsaan pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja.

TONGGAK pertahanan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, A. Shivan Pillay mengakui semangat kekeluargaan menjadi kunci utama, sekali gus tidak timbul isu tiada keharmonian atau berpecah-belah dalam kalangan pemain.

Shivan yang berhijrah ke kelab Petaling Jaya City (PJ City) dari Selangor FC percaya sesi latihan yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, Brad Maloney berjalan dengan lancar dengan pemain memberikan komitmen penuh.

“Ini hari kedua saya berlatih dengan pasukan, apa saya nampak kesefahaman antara semua pemain dekat sini agak jitu. Malah, waktu makan dan latihan kami banyak berkomunikasi bersama dalam kalangan pemain,” katanya pada sesi latihan di ­Petaling Jaya kelmarin.

Pemain berusia 22 tahun itu turut berharap dapat membalas kepercayaan Maloney selepas menjadi lima muka baharu yang dipanggil menyertai kem latihan pusat menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.

“Selepas dua tahun tidak bersama skuad kebangsaan, saya kembali dipanggil dan sudah tentu saya mahu beri yang terbaik dalam membantu pasukan mencapai sasaran yang diletakkan.

“Mengenai tempat dalam ke­sebelasan utama, saya akui persaingan agak sengit khususnya di posisi pertahanan. Namun, saya bersedia untuk memberikan tentangan kerana kita tahu apa yang jurulatih mahukan,” katanya.

Selain Shivan, empat lagi pemain yang dipanggil adalah K. Thivandaran, Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal dan N. Javabilaarivin bagi melengkapkan 30 pemain secara keseluruhan pada kem latihan pusat kali ini.

Skuad muda Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan B dan bakal menentang Myanmar pada 15 Februari, Laos (18 Februari) dan dan juara bertahan, Indonesia pada 21 Februari di Kemboja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI