fbpx

Senegal selangkah lunas impian besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENEGAL berjaya melangkah ke pentas final AFCON selepas berjaya menumbangkan Burkina Faso 3-1 pada aksi separuh akhir awal pagi semalam. – AFP

YAOUNDE, Cameroon – Se­negal berpeluang cerah untuk menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) buat kali pertama dalam tempoh 57 tahun sejak mula mengambil bahagian sewaktu edisi 1965 di Tunisia.

Keyakinan itu hadir selepas Senegal menampilkan prestasi bertenaga menewaskan Burkina Faso 3-1 pada separuh akhir di Stadium Ahmadou Ahidjo awal pagi semalam untuk menempah tiket ke pentas final.

Pengendali Senegal, Aliou Cisse yakin barisan pemain kali ini mampu menamatkan kekecewaan negara itu yang tidak pernah bergelar juara dalam 15 edisi terdahulu dengan penca­paian terbaik ialah naib juara pada 2002 dan 2019.

“Kami melakukan persediaan yang cukup rapi untuk aksi separuh akhir menentang Burkina Faso ini walaupun kadang-kadang masa masih tidak memihak kepada kami.

“Kami bersedia sepenuhnya kerana sudah menjangkakan tentangan yang sukar daripada Burkina Faso. Sekarang kami sudah berjaya melepasi separuh akhir dan ke final.

“Saya tidak pernah meragui kemampuan barisan pemain. Keinginan kami semakin membuak-buak untuk beraksi di final dan menghadiahkan kejuaraan AFCON kepada semua rakyat Se­negal,” katanya.

Biarpun memegang penguasaan permainan, namun Senegal yang menghuni ranking ke-20 dunia terpaksa menunggu sehingga minit ke-70 untuk membuka tirai jaringan melalui Abdou Diallo.

Jaringan itu seakan-akan memberikan tonik tambahan buat Senegal yang kemudiannya berjaya menjaringkan dua lagi gol menerusi Idrissa Gueye dan penggempur Liverpool, Sadio Mane masing-masing pada minit ke-76 serta 87. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI