fbpx

SPA setuju lantikan semula 1,243 Penolong Pegawai Perubatan Kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 26 dan 28 Januari lalu bersetuju meluluskan pelantikan semula kontrak seramai 1,243 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 dalam kalangan graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tamat kontrak semalam.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah berkata, pemakluman mengenai pelanjutan kontrak tersebut telah dimaklumkan kepada ketua jabatan.

“KKM amat menghargai peranan penting Penolong Pegawai Perubatan di KKM bersama barisan hadapan lain khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

“Mengambil kira status Malaysia kini dalam peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik dan usaha memulihkan perkhidmatan tertangguh akibat pandemik Covid-19, KKM telah memperakukan pelanjutan kontrak petugas kesihatan yang akan menamatkan kontrak pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut merujuk kepada laporan media tempatan pada 1 Februari lalu berhubung Penolong Pegawai Perubatan lantikan U29 akan mengadakan siri tunjuk perasaan bagi memperjuangkan lantikan mereka di samping beberapa manfaat lain tidak diperolehi kerana berstatus kontrak.

Mengulas lanjut, Mohd. Syafiq berkata, tawaran pelanjutan kontrak bagi kohort lain yang tamat kontrak dalam tahun ini akan dibuat secara berfasa sebaik perakuan KKM diluluskan oleh agensi pusat dan SPA. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI