fbpx

Budak perempuan lahir dengan rambut dua warna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PADA musim panas, warna rambut Bellay yang lebih gelap akan bertukar menjadi lebih cerah. - Kennedy News and Media

LINCOLN, NEBRASKA – Seorang kanak-kanak perempuan dilahirkan dengan tanda lahir genetik yang jarang berlaku menyebabkan rambutnya tumbuh dengan dua warna yang berbeza, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Jenny Hill dari bandar Lincoln, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila Bella yang berusia 11 tahun dilahirkan dengan rambut separuh berwarna perang dan separuh lagi coklat.

Sejak itu, orang ramai yang lalu lalang mengagumi rambutnya dan sentiasa menyoalnya sama ada dia mewarnakannya atau tidak.

Wanita berusia 35 tahun itu percaya bahawa sifat tersendiri itu disebabkan oleh poliosis atau kekurangan melanin yang mengurangkan pigmen dalam tompok rambut. 

Dua anaknya yang lain, Riley, 14, atau Lilah yang berusia empat tahun bahkan tidak mewarisinya. 

Pelajar sekolah itu turut mempunyai bulu mata yang berbeza warna dengan bulu mata kanan berwarna cerah manakala yang kiri adalah gelap.

Bella akan memutuskan sama ada dia mahu menonjolkan rambutnya atau tidak bergantung kepada pakaian yang dipakai setiap hari.

“Ia benar-benar berbeza dan unik. Ibu saya menunjukkannya semasa Bella dilahirkan tetapi saya terlalu sakit untuk menyedarinya. Saya bertanya mengenainya semasa pemeriksaan kesihatan enam minggu sekali. Mereka hanya berkata ia tidak diambil kira.

“Pada musim panas, bahagian rambut berwarna lebih gelap akan menjadi lebih cerah. Rambut perang itu seperti diluntur tetapi dengan corak yang luar biasa,’’ jelas Jenny. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI