fbpx

Rugi RM17,080 ditipu sindiket lesen memandu online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan tawar lesen memandu yang tidak sah.- Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan telah menerima sembilan laporan berhubung aktiviti penipuan lesen memandu dalam talian sehingga menyebabkan kerugian bernilai RM17,080.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, kesemua laporan diterima melibatkan dua negeri termasuk tujuh laporan di Pulau Pinang dan dua lagi di Kelantan.

Mohd. Kamarudin

“Sindiket tersebut membuat iklan di media sosial menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri sebarang ujian dan kelas memandu untuk menarik minat pelanggan.

“Mangsa hanya perlu menyerahkan butiran diri dan bayaran sekitar RM580 hingga RM5,000 bagi mendapatkan lesen memandu namun selepas transaksi dilakukan, lesen dijanjikan tidak diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Kamarudin, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti mendapatkan lesen memandu melalui saluran yang tidak sah ekoran kes penipuan online semakin berleluasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

“Orang ramai diingatkan untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon menerusi portal Semak Mule sebelum melakukan sebarang pindahan duit ke akaun tidak dikenali,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI