fbpx

USJKT JIPS Bukit Aman siasat kes kematian OKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Unit Siasatan Jenayah Dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes kematian seorang tahanan.

Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, pada 25 Januari lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun yang merupakan orang kena tahan (OKT) telah dihantar ke lokap berpusat Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

“OKT terbabit dihantar ke lokasi itu dari Penjara Penor, Kuantan, Pahang bagi menghadiri perbicaraan pada 3 Februari (hari ini) bagi kes Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Namun, pada 28 Januari lepas, OKT mengadu sakit dada dan telah dibawa ke Hospital Kuantan untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azri, semalam, pihak Hospital Kuantan memaklumkan bahawa OKT telah meninggal dunia dan sebab kematian adalah akibat Tuberkulosis (Tibi).

“Pihak USJKT JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berhubung kes kematian OKT terbabit,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI