fbpx

Simbolik cinta Yonnyboi buat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINGLE Niki dibikin atas rasa cinta yang berakar dalam jiwa Yonny buat isterinya, Nik Nazira.

LELAKI yang kasar sekali pun boleh berubah menjadi sangat romantis saat berada di sisi wanita tercinta. Perubahan sebegitu tidak mustahil.

Sisi romantis sebegitu juga yang sedang berbunga di jiwa penyanyi rap Yonnyboii. Membuktikan cinta dan taman hati yang sedang mewangi, semua itu diluahkan Yonny menerusi dendangan khas buat isteri tercinta, Nik Nazira Narriman atau Nina yang dinikahi 20 November tahun lalu.

Katanya, single berjudul Niki digarap beberapa hari sebelum majlis pertunangan mereka sekitar Oktober 2021.

“Single Niki mengisahkan percintaan kami. Karya ini mengenai perasaan saya yang terlalu mencintai Nina dengan mendalam. Sehingga memberikan saya satu keyakinan baru dan membuatkan saya benar-benar rasa disayangi serta dihargai.

“Karya ini dicipta beberapa hari sebelum kami bertunang, sambil membayangkan betapa indahnya hari perkahwinan pada saat duduk atas pelamin.

“Sewaktu menulis karya itu, saya seperti tidak percaya kami bakal bertunang, sambil menghitung detik untuk disatukan. Saya perdengarkan Niki pada majlis resepsi.

“Saya juga mahu lagu didengari semua orang tidak kira di mana berada,” kata Yonny kepada Kosmo!.

Kongsi pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, itu lagi, dia mengenali isteri kira-kira setahun lalu dengan panggilan Niki bermula dengan perkenalan menerusi permainan video dalam talian.

Pasangan itu kemudian mengikat pertunangan pada 9 Oktober lalu sebelum menyegerakan pernikahan sebulan kemudian berikutan permintaan kedua-dua keluarga.

Terdahulu, Yonny pernah menyatakan mahu melancarkan album istimewa yang memuatkan lima lagu didedikasikan buat teman hidupnya itu pada majlis resepsi mereka.

Mengenai video muzik Niki yang dilancarkan pada 28 Januari lalu, Yonny memilih sebuah karya berkonsepkan sains fiskyen yang turut menonjolkan penampilan figura istimewa dalam hidupnya.

“Proses menyempurnakan video muzik ini mengambil masa yang agak lama panjang apabila kami terpaksa menunggu dari pukul 11 pagi sehingga penggambaran bermula jam 5 petang, namun hasilnya berbaloi.

“Terima kasih kepada Nina kerana menemani saya sepanjang penggambaran selain kepada pengarah video muzik, Thaqif Saadon yang banyak membantu sepanjang penggambaran rakaman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI