fbpx

Berjalan 15,000 langkah sehari, misi sihat Seung-kwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEUNG-KWAN

SETIAP orang ada matlamat yang dicapai, sama ada dalam hal kewangan, kehidupan peribadi dan karier.

Sama seperti seorang anggota kumpulan Seventeen, Seung-kwan mempunyai satu misi penjagaan kesihatannya ketika ini.

Seung-kwan menyasarkan untuk berjalan sekurang-kurangnya 15,000 langkah sehari dan itu menjadi matlamat serta visi sihatnya untuk tahun ini.

“Saya cuba berjalan walaupun 30 minit lebih awal daripada jadual penting. Saya juga dah mula berjalan kaki 15,000 langkah sehari.

“Anda perlu banyak menggunakan otot paha dan pinggul anda untuk membakar lemak dengan cepat, jadi saya telah melakukan banyak senaman squat di rumah,” katanya dalam temu ramah bersama majalah terkenal, 1st Look.

Ditanya tentang perancangan muziknya, Seung-kwan mahu aktif memuat naik banyak video nyanyian dan menghasilkan banyak lagu.

“Saya akan melakukan apa sahaja yang saya mampu pada tahun ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI