fbpx

‘Budak langsi’ berebut kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu klip video menyaksikan satu kumpulan remaja memukul remaja lain kerana dikatakan masuk 'kawasan' tanpa izin.

PETALING JAYA – Berebut kawasan bagi kumpulan-kumpulan kongsi gelap atau gangster boleh dianggap biasa kerana kawasan yang ditanda melambangkan kekuasaan kumpulan masing-masing.

Makin banyak atau luas kawasan yang dijaga, makin berkuasalah kumpulan terbabit disamping boleh memeras ugut orang-orang yang berada dalam lingkungan kawasan ‘jajah’ mereka.

Namun lain pula apabila samseng budak sekolah yang berebut kawasan, ia tidak menimbulkan rasa takut pada orang ramai, namun timbul rasa geram dan menyampah dengan tindakan tersebut.

Tular satu klip video berdurasi 30 saat di Facebook hari ini menyaksikan satu kumpulan budak samseng memukul dua lagi kanak-kanak lain yang sedang duduk di sebuah pondok rehat.

Klip video yang tidak dipastikan lokasi tersebut terut menyaksikan kumpulan budak samseng terbabit memberitahu pondok tersebut adalah kawasan mereka.

“Kalau nak masuk kawasan orang hormat la sikit, ini kawasan aku, hormat sikit,” jelas salah seorang daripada mereka.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut menyifatkan adab dan perangai budak-budak samseng terbabit amat teruk dan turut meminta pihak berkuasa membuat tangkapan.

“Sedap mulut dia panggil orang langsi la apa, kurang ajar betul budah-budak ni. Ini kalau terseremapak dengan orang dewasa ni dah selamat dah ni.

“Harap lepas viral video ni semua samseng-samseng tahi kucing ni duduk dalam lokap, senang polis buat kerja ni,” jelas Norhana Nurdin.

“Video dah ada ni sekejap je jumpa ni, kita tengok sejauh mana samseng budak-budak ni dengan polis pula.

“Rasa geram pula tengok perangai mereka ni, kesian budak dua orang yang kena balun tu,” ujar Farah Fad Hanan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI