fbpx

Guna duit saman fitnah RM1 juta untuk anak yatim, sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hannan (kanan) semasa mengadakan sidang akhbar berhubung saman fitnah bekas pekerjanya di hotel The Grand Renai, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebuah pusat kecantikan, Hannan Medispa Sdn. Bhd. (Hannan Medispa) akan menggunakan wang saman fitnah sebanyak RM1 juta untuk tujuan kebajikan untuk anak-anak yatim dan sedekah kepada masjid di negeri ini.

Syarikat itu memenangi kes saman fitnah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 16 Januari lalu selepas bekas pekerjanya yang juga seorang doktor membuat hantaran di Facebook mengatakan Hannan Medispa menipu pelanggan dan menggunakan produk murahan kepada para pelanggan.

Pengasas Hannan Medispa, Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusof berkata, kes yang berlaku pada November 2019 telah tular sehingga menyebabkan reputasi syarikatnya terjejas selain mengalami kerugian pendapatan sebanyak hampir RM1 juta.

Menurutnya, syarikat tersebut pernah berbincang secara baik dengan bekas pekerjanya dan hanya meminta bayaran RM200,000 sahaja sebagai kos kerugian.

“Dia ada memohon maaf, namun selepas itu tiada sebarang maklum balas yang tepat sehingga menyebabkan saya menggunakan khidmat guaman bagi meneruskan saman.

“Hantaran itu telah dikongsi sebanyak 3,000 kali di Facebook sebelum ia dipadam sehingga kami menerima pelbagai komen dan kecaman atas fitnah itu. Dakwaan tersebut ternyata salah apabila kami menang dalam prosiding mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di hotel The Grand Renai di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI