fbpx

PU Syed persoal SOP tarian singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran PU Syed di Facebooknya hari ini yang mempersoalkan mengenai SOP tarian singa di sebuah pasar raya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 di negara ini nampaknya kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, Pencetus Ummah (PU) Syed di Facebooknya telah mempertikaikan mengenai SOP tarian Singa yang diadakan di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd. Bakri Al-Yahya menerusi hantarannya menjelaskan, SOP tarian Singa boleh pula dihadiri ramai orang namun di masjid masih lagi tidak dibenarkan untuk rapatkan saf.

“Tengok tarian singa boleh berapat rapatan. Saf solat sampai sudah jarak-jarakkan.

Bila gamaknya semuanya ini akan berakhir, sedangkan manusia yang paling patuh SOP setakat ini adalah jemaah masjid dan surau,” tulisnya.

Rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan isu yang dibangkitkan olehnya dan menyifat kerajaan perlu lakukan sesuatu terhadap SOP Covid-19 ketika ini.

“Sembayang jarak-jarak, Sampai sembahyang Jumaat dekat luar masjid, panas terik, atas jalan,buta bisu Menteri Agama,” jelas Nor Azman Bakar.

“Sedih dgn keadaan macam ni, kerana segala aktiviti keagamaan disekat, sikit-sikit perlu patuh SOP. Penceramah luar tidak dibenarkan masuk. Tapi aktiviti ini boleh saja. Boleh duduk sana sini sesuka hati. Berkumpul padat-padat tak ada masalah.

“Kalau ke masjid perlu bawa sejadah sendiri. Tapi kalau ke pasar raya, taman-taman tiada pula suruh bawa mozek sendiri untuk pijak, tiada pula suruh bawa bangku sendiri untuk duduk..

“Buktikan jika saf rapat boleh menyebabkn jangkitan. Buktikan jika sujud di karpet masjid atau surau boleh sebabkan jangkitan,” ujar Anas Airul Anas. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI