fbpx

Wanita roboh rumah elak bekas suami pindah masuk bersama isteri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah Darmi yang musnah selepas dirobohkan wanita itu sebaik diceraikan suaminya. - BeritaJatim

JAKARTA – Seorang isteri di Desa Gedungbanteng, Ponorogo, dalam wilayah Jawa Timur nekad merobohkan rumah miliknya bersama suami selepas dia diceraikan asbab orang ketiga, lapor laman Berita Jatim  semalam.

Darmi,40, mengaku sengaja merobohkan rumah yang dibina pada 2010 itu dengan jentolak kerana berang diceraikan.

“Tanah ini milik orang tua Purwanto,35, iaitu bekas suami saya tetapi rumah ini kami bina bersama-sama.

“Sekarang dia sudah ada wanita lain, saya tidak akan benarkan bekas suami dan kekasihnya tinggal di rumah ini. Biar sama-sama tidak memiliki rumah ini, barulah adil,” jelas Darmi.

Saat ditanya sama ada dia berasa menyesal merobohkan rumah yang boleh diwarisi oleh anak-anak, Darmi pantas menafikannya.

“Saya bina rumah bukan untuk anak-anak tetapi untuk hidup bersama suami hingga ke hari tua. Ternyata, kami berpisah jadi jalan paling senang, robohkan sahaja.

“Saya juga mendermakan  semua barang-barang dalam rumah buat mereka yang berminat. Saya tidak mahu wang atau apa pun, cukup rumah ini sudah dirobohkan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI