fbpx

Litar Misano bakal hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLUMBAAN GP San Marino dan Emilia Romagna bakal kembali dihangatkan dengan kehadiran penonton selepas pihak berkuasa Emilia-Romagna memberi kebenaran. – AFP

MISANO – Seramai 10,000 peminat dibenarkan untuk menyaksikan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) buat pertama kali di Grand Prix (GP) San Marino dan Emilia Romagna yang akan berlangsung di Litar Misano bermula hujung minggu ini.

Walaupun seluruh Eropah masih melarang perhimpunan besar-besaran, wilayah Emilia Romagna memberi ‘lampu hijau’ kepada Litar Misano untuk menganjurkan perlumbaan dengan kehadiran penonton sejak ia dimulakan semula selepas tertangguh akibat wabak Covid-19 melanda dunia.

Bagi terus memastikan ke­selamatan penonton, beberapa protokol dibuat termasuk peminat tidak dibenarkan berhimpun secara besar-besaran selain tempat meletak kenderaan khas disediakan dan mereka juga tidak dibenarkan berkeliaran.

“Terima kasih kepada pihak berkuasa dan Presiden Emilia-Romagna, Stefano Bonaccini ke­rana telah memberi ‘lampu hijau’ untuk membenarkan peminatmenyaksikan perlumbaan minggu ini.

“Terima kasih sekali lagi selepas mendengar dan menilai saranan kami dengan teliti,” kata pihak pengurusan litar.

Sebelum ini, Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP memutuskan untuk menganjurkan perlumbaan tanpa kehadiran penonton bagi mengelakkan Covid-19 terus menular.

Bukan hanya beraksi tanpa penonton, Dorna juga meletakkan garis panduan protokol ketat.

Lima perlumbaan dilangsungkan sebelum ini tanpa kehadiran penonton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI