fbpx

Tiada keperluan PRK Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad

IPOH – Tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Gerik memandangkan tempoh pembubaran Dewan Rakyat semakin hampir.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelaksanaan PRK Gerik hanya membazirkan tenaga ekoran tidak sampai setahun sahaja ahli parlimen di kawasan berkenaan berkhidmat.

Sebaiknya kata Menteri Besar Perak ini, kerusi parlimen berkenaan dibiarkan kosong sehinggalah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan.

“Saya fikir tidak perlu (PRK Gerik) sebab kita nak dekat tarikh pilihan raya sebenar di mana tempoh lima tahun akan tamat pada Mei 2023, ini sudah Februari (2022).

“Pada saya biarlah ia kosong sehingga dibubarkan parlimen,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Sambutab Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Ditanya sama ada UMNO Perak telah mengadakan perbincangan mengenai keputusan untuk tidak melaksanakan PRK Gerik, Saarani menjawab tidak.

Saarani berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada UMNO Perak akan memohon untuk mengadakan PRK Gerik seperti UMNO Sabah yang memohon PRK bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI