SEREMBAN – Sindiket kereta klon kini dikesan lebih terbuka dengan menggunakan media sosial Facebook dan Telegram untuk memasarkan kenderaan tersebut kepada pembeli.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, trend permintaan kenderaan klon sentiasa ada dan kini semakin meningkat kerana harganya lebih murah daripada pasaran selain keinginan memiliki kenderaan mewah.
“Jika dahulu sindiket ini dilakukan secara senyap dan sembunyi, namun kini orang ramai lebih mudah mengakses maklumat mengenai kenderaan klon yang dijual pada harga murah menerusi media sosial.
“Sejak 2016 hingga kini, terdapat baki 271 buah kenderaan sita yang masih berada di JPJ Negeri Sembilan dengan 64 buah daripadanya adalah kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pada tahun lalu terdapat empat buah kenderaan klon disita iaitu kereta Suzuki Swift, Volkswagen Golf, Toyota Grandis dan motosikal Yamaha RXZ.