fbpx

‘Order’ dadah dari utara, jual di sekitar Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Afzanizam (dua dari kanan) menunjukkan sejumlah dadah yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebuah rumah pangsa yang disewa RM500 sebulan dijadikan pusat penyimpanan dadah pelbagai jenis bernilai RM176,697 diserbu polis dalam tiga serbuan yang dilakukan di sekitar Muar, pada Ahad dan Isnin lalu.

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Afzanizam Yahaya berkata, dalam serbuan pukul 6 petang hingga 1.30 pagi, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kegiatan pengedaran dadah itu aktif beroperasi sejak Disember tahun lalu.

“Modus operandi kegiatan pengedaran dadah ini adalah dengan menjadikan sebuah rumah pangsa yang disewa khusus untuk tempat penyimpanan dadah.

“Dadah yang dirampas ini ditemui disorokkan di bahagian bawah tempat sembahyang di satu sudut di rumah pangsa terbabit.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 10 kilogram (kg) heroin, 388 gram syabu dan 250 biji pil erimin 5 dengan nilai keseluruhan RM176,697,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI