fbpx

Fitnah vaksin, KJ saman Lokman, pendakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (tengah) menfailkan saman kepada Lokman (kiri) dan Mohd. Rashid berhubung vaksin Covid-16

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan pendakwah bebas Mohd. Rasyiq Mohd. Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin Covid-19.

Khairy, 46, selaku plaintif memfailkan dua saman itu atas kapasiti peribadi menerusi Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Tinggi di sini pada 25 Januari lalu dengan menamakan Lokman, 49, dan Mohd. Rasyiq, 42, masing-masing sebagai defendan.

Hari ini adalah pendengaran kes saman itu di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff dan mahkamah menetapkan 17 Februari ini untuk mendengar injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) kes saman tersebut.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh melalui carian mahkamah, Khairy dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Lokman telah memfitnahnya dengan membuat dua kenyataan serta memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 lalu selain membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook itu dan YouTube ‘Lokman Adam’ pada 10 Januari.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mendakwa Mohd. Rasyiq pula memfitnahnya dengan membuat kenyataan fitnah dengan menyiarkan tiga video serta satu gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Oktober tahun lalu serta 6 dan 10 Januari lalu.

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam dua saman itu membawa maksud antaranya beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa dia telah diberi vaksin Covid-19 serta menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Khairy berkata, penerbitan fitnah itu menyebabkan reputasi dan integritinya terjejas teruk dan mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadapnya sama ada melalui kapasiti peribadi dan profesional.

Justeru, plaintif menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk, faedah, permohonan maaf daripada defendan-defendan yang dimuat naik di media sosial serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada masa sama Khairy turut memohon suatu perintah injunksi supaya kedua-dua defendan memadam kenyataan dan video bersama-sama kapsyen, tajuk dan komen dalam tempoh 24 jam dan suatu injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.

Plaintif juga memohon defendan-defendan untuk memadam kenyataan fitnah yang diterbitkan semula di semua portal berita serta akaun media sosial pada tempoh yang sama. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI