fbpx

Bicara Geng Sakai ditetapkan Mei hingga Februari 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Mei ini hingga Februari 2023 bagi perbicaraan 22 lelaki atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Sakai’ tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan dan peguam-peguam bersetuju dengan tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan.

Sejurus selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Manaff ketika ditemui berkata, seramai 50 hingga 70 saksi pendakwaan akan dipanggil bagi memberi keterangan.

Dalam prosiding hari ini selain Maryam, pendakwaan turut diwakli Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Rajdeep Singh Bhupinder Singh dan Shamsiah Maibun.

Pada September tahun lalu, kesemua tertuduh iaitu Rosli Sahak yang dikenali sebagai Sakai dipercayai ketua kumpulan bersama 21 lain mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu dan Tamil.

Mereka 21 lain itu ialah A. Ravindran, A.Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T. Kumar, A.Kumaresan, N.Tanasilan, Thirumal Raj, M.Darshan, A.Dineswaran, S.Mohanraj, R.Nantha Kumar, S.Gobinath, M.Ravishankar, M.Thinesh, N. Tannish, S.Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif, Sukhdave Singh Jesvir Singh, R. Logeswaran, R.Tannesh dan A. Jayaprakash.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 47 tahun, didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, di sini antara Januari 2015 dan Jun tahun lalu (2021) yang didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun,  jika sabit kesalahan.

Sementara itu 17 tertuduh hari ini diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan, Datuk T Harpal Singh, Datuk Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, Mahajoth Singh, Wan Zaleha Abdul Wahab, Naizatul Zambrina Karizaman, Jay Moy Wei Jiun, Jayarubbiny, P.Taneswaran dan K.Komagan manakala lima lagi tertuduh tidak diwakili mana-mana pihak. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI