fbpx

Op Selamat catat 585 kemalangan, enam maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan Hassan (tiga dari kanan) memeriksa dokumen penumpang bas ekspres di Terminal Meru Raya, Ipoh semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH- Sebanyak 585 kes kemalangan dengan enam kematian direkodkan sepanjang Op Selamat 17/2022 sempena perayaan Tahun Baharu Cina di seluruh negeri ini yang masuk hari ke kelima, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Azizan Hassan berkata, jumlah kemalangan itu menyaksikan penurunan empat peratus iaitu 608 kes dalam Op Selamat 16.

Bagaimana pun katanya, kes kemalangan maut dan kematian meningkat tahun ini apabila hanya dua kes direkodkan pada Op Selamat 16.

“Ipoh mencatat kes kemalangan tertinggi diikuti Taiping dan Tapah. Kebanyakan kes melibatkan kereta iaitu 425 kes, motosikal (56) dan kenderaan pelbagai guna (31).

“Bagi kemalangan maut pula, kereta dan motosikal menjadi penyumbang tertinggi dengan dua kematian di jalan negeri dan masing-masing satu di jalan bandaran, jalan persekutuan, lebuh raya dan lain-lain jalan,” katanya dalam sidang akhbar operasi bersepadu JSPT Perak ke atas bas ekpres di Terminal Meru Raya di sini malam tadi.

Menurut Azizan, sebanyak 9,634 saman dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan sejak Jumaat lalu.

Katanya, antara kesalahan utama membabitkan memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat, tiada lesen dan insurans telah tamat tempoh.

“Berdasarkan pemantauan, lokasi kerap berlaku kemalangan yang telah dikenal pasti adalah 236 laluan di jalan bandaran, 126 di jalan persekutuan dan 103 di lebuh raya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI